Tuesday, August 17, 2010

Åᾔḯмℯ ¥ḡ @q мḯᾔ@т..

Fullmetal Alchemist yg bermaksud Ahli Alkimia Keluli merupakan siri manga dan TV kegemaran aq selain daripada Bleach. Dulu siri ni pernah disiarkan kat TV3 tp asyik berulang episod yg sama je tp skunk x taw la ada ke x dah lma x layan tv.. Aq minat cita ni sebab jalan cerita dia menarik dan x memboringkan bila kita tonton dan baca.  Aq tertarik sangat dgn watak2 utama cam Edward memang kena dengan cita rasa aq haha, maklum la cita ni ada unsur fantasi yg memang xde dalam alkimia sebenar. Alkimia merupakan sains membentuk sesuatu jirim menjadi jirim yg sangat berbeza melalui penggunaan bulatan penukaran (transmutation) berdasarkan sains alam sebenar dan adanya unsur magis yg kelihatan x logik. Kes x logik ni la yg wat ramai peminat Fullmetal Alchemist ni sampai popular 1 dunia dan termasuklah 1 MALAYSIA haha...

Fullmater Alchemist berlatarkan sebuah negara bernama Amestris dlm suatu dunia selari pd abad ke-20 yg mencapai teknologi Eropah. Ahli alkimia kuno boleh mendaftar untuk mengambil ujian Alchemist Negara untuk menyertai angkatan tentera Amestris. Mulanya, Edward dan Alphonse Elric merupakan kanak-kanak yg tinggal di Kg Resembool di negara Amestris. Bapa mereka Hohenheim, seorang ahli alkimia berbakat, telah meninggalkan rumah sewaktu Edward masih kecil manakala Alphonse masih bayi. Setahun kemudian, ibu mereka, Trisha Elric, pula meninggal dunia akibat penyakit yg x boleh diubati. Setelah kehilangan ibu, adik-beradik Elric bercadang untuk cuba menghidupkan semula ibu mereka melalui alkimia. Mereka mengkaji alkimia dari seorang guru, Izumi lalu menggunakan buku-buku dan catatan yg ditinggalkan bapa mereka untuk mencipta semula bulatan penukaran manusia. Namun, cubaan itu gagal. Sebagai memenuhi Prinsip sama nilai ia mengambil kaki kiri Edward serta seluruh badan Alphonse. Dalam cubaan menyelamatkan adiknya, Edward mengorbankan lengan kanannya untuk menghidupkan roh adiknya dalam baju ziarah. Selepas itu, kaki kiri dan lengan kanan Edward diganti dengan dua set Automail, sejenis anggota badan prostetik yg canggih.
Seorang Alchemist Negara bernama Roy Mustang tiba ketika kejadian penukaran manusia yg gagal tersebut sebagai balasan kepada surat-surat yang pernah dihantar adik-beradik tersebut bagi tujuan memperoleh maklumat mengenai bapa mereka, dgn berharap agar mereka memujuk bapa mereka pulang ke rumah. Satu kesilapan penaipan dalam rekod tentera menyebabkan Mustang yg pergi ke Risembool untuk mencari Edward Elric, berumur 31 tahun terkilan setelah terjumpa seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, namun tetap menawarkan kerja tersebut.
Setelah memerhati kepakaran alkimia mereka, Mustang bercadang agar kedua-dua adik-beradik tersebut boleh mencapai impian mereka dengan menjadi Alchemist Negara dan berkhidmat untuknya. Setelah digalakkan dgn cadangan Mustang, Edward bersetuju, mereka boleh menggunakan sumber-sumber yg disediakan untuk Alchemist Negara untuk menemui cara memulihkan kehilangannya serta adiknya. Adik-beradik tersebut kemudian mengetahui mengenai Batu Falsafah lalu mula   mencarinya sebagai cara memulihkan badan mereka itu.